TIPS UMRAH : RAUDHAH

TIPS BAGI YANG INGIN MENUNAIKAN UMRAH (RAUDHAH)

Di ruang jemaah wanita ... kawasan Raudhah boleh dimasuki melalui Pintu 25, 26 dan 27 di bahagian belakang (Berdepan Hotel Daral Taqwa, Hotel Oberoi).

Melalui pintu 28, 29 dan 30 di bahagian kiri bertentangan perkuburan Baqi'. Ruang Raudhah bagi jemaah wanita di buka pada 3 masa.
Pertama, Selepas waktu Dhuha.
Kedua, selepas solat zohor.
Ketiga, selepas solat Is'yak.


Ramai yang pertama kali mahu ke sana terkejut kerana terpaksa menunggu begitu lama juga terperanjat melihat keadaan jemaah wanita dari pelbagai negara yang separuh sedar bertolak-tolakan.

Saranan kami yang pernah bermukim di Madinah :

Pertama, Usai solat fardu, solat sunat dan solat jenazah ...keluarlah sebentar untuk perbaharui wuduk. Kemudian masuk semula. Jemaah wanita akan dikumpulkan mengikut pasukan-pasukan (Arabia, India-Pakistan, Mesir, Turkiye dan bahasa Melayu). Masuk dalam pasukan masing-masing.

Kedua, terdapat beberapa hentian. Bawalah spray air (jika kita jenis tidak dapat menahan wuduk yang lama). Bawa beg sandang yang sederhana ringkas. Sementara menunggu, usah bersembang. Banyakkan solat-solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir. Paling disarankan supaya banyakkan berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.

Ketiga, sebaik sahaja ternampak ruang Raudhah - sementara menunggu - berdoalah.

Keempat, apabila di jemput masuk ke ruang Raudhah - berjalanlah dengan tenang. Usah bertolak-tolak. Biasanya jemaah dari Asia Tenggara masuk paling akhir - berdoa banyak-banyak sambil bergerak perlahan-lahan ke ruang hadapan. usah solat dalam keadaan jemaah bertolak-tolakan - berusaha solat di barisan saf paling hadapan. Ia sangat hampir dengan masjid asal yang di bina zaman nabi dan disebelah kirinya makam junjungan Besar umat Islam.

Bersopanlah ... kita tetamu Allah.
Bersifat mulialah ... kita bangsa berakhlak.
Tidak mahukah kita nanti Allah menaikkan darjat dan memberikan kemuliaan di negeri akhirat?

Firman Allah dalam Surah Al-Israa'. Ayat 80 Bermaksud:

Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.....

 

 

Comments

Popular posts from this blog

KEMBARA SUNNAH TRAVEL & TOURS SDN BHD