About Me
KEMBARA SUNNAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
LATAR BELAKANG
Perkhidmatan pelancongan merupakan suatu bidang pelaburan yang memacu
pertumbuhan industri-industri lain yang berperanan dalam pembangunan negara
Malaysia. Industri pelancongan juga merupakan penjana ekonomi negara yang
seharusnya diberi penekanan yang sewajarnya. Kejayaan industri pelancongan
tidak hanya bergantung kepada kempen atau promosi dan pengiklanan, tetapi ia
juga berkait rapat dengan sistem pengangkutan, kemudahan lapangan terbang,
kebersihan persekitaran, keselamatan pelancong, alam sekitar dan sebagainya.
Kembara Sunnah Travel
& Tours Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat perlancongan yang telah didaftarkan
di bawah Persatuan Syarikat Pengendalian Perlancongan Bumiputera Malaysia pada
21 April 2017. Antara perkhidmatan
yang kami ditawarkan adalah seperti
- Tiket penerbangan
- Pakej perlancongan
- Penempahan hotel
- Pakej perlancongan domestik dan antarabangsa
- Pakej Umrah dan Ziarah
- Perkhidmatan pengkhususan dalam sektor perlancongan.
Kami lebih memberi
tumpuan kepada Pakej Umrah dan Ziarah kerana permintaan terhadap pakej ini
telah mendapat sambutan yang baik. Matlamat Kembara Sunnah Travel
& Tours Sdn Bhd adalah untuk menjadi sebuah agensi pelancongan yang unik,
inovatif dan berdaya saing, agar dapat mengembangkan lagi sector pelancongan
Negara. Di samping itu, kami dapat meralisasikan impian setiap orang untuk
menunaikan umrah dan melancong.
VISI
Memberi
peluang dan ruang untuk setiap orang menunaikan umrah dan melancong.
MISI
Memebri perkhidmatan pakej umrah dan pelancongan muslim dalam
dan luar Negara yang selesa dengan harga yang amat berpatutan.
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
- Memastikan kualiti dan kuantiti perkhidmatan yang diberi sentiasa berlandaskan syariah.
- Memperkukuhkan dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kami.
- Menjaga hubungan baik diantara pelanggan dengan kakitangan Kembara Sunnah Travel & Tours.
PROFIL PRODUK
Antara produk-produk yang kami tawarkan adalah seperti
- Tiket penerbangan
- Pakej perlancongan
- Penempahan hotel
- Pakej perlancongan domestik dan antarabangsa
- Pakej Umrah dan Ziarah
- Perkhidmatan pengkhususan dalam sektor perlancongan.
Kami lebih memberi tumpuan kepada Pakej
Umrah dan Ziarah kerana permintaan terhadap pakej ini telah mendapat sambutan
yang baik.
SASARAN PASARAN
Sasaran pasaran Kembara Sunnah
Travel Sdn Bhd adalah bersifat universal. Kami memasarkan perkhidmatan dan
produk-produk kepada semua peringkat umur, tidak mengira pangkat dan jantina. Sesiapa
sahaja boleh mengunakan perkhidmatan kami. Perkhidmatan kami bergantung kepada
permintaan dan kehendak pelanggan. Mereka meminta, kami menguruskan.
Sasaran pasaran kami sesuai dengan
visi kami iaitu ingin memastikan setiap orang mampu merialisasikan impian
mereka untuk menunaikan umrah dan pergi berlancong dengan harga berpatutan.
KEMBARA SUNNAH TRAVEL
& TOURS SDN BHD
No. 1 Lot 21 jalan klang
batu 25
Assam jawa
45000 kuala Selangor
03-32898242
Comments
Post a Comment